Wednesday, July 18, 2012

Siri Semarak Bangsawan 2012



Salam bersempena dengan Semarakan Bangsawan 2012. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Kebudayan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL dengan kerjasama Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur dengan sokongan oleh MaTIC dan Majlis Teater Kuala Lumpur akan mementaskan Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri karya dan arahan Sdr Sakrani Shamsuddin.

Bangsawan ini menampilkan Penyanyi dan Pelakon Teater / TV Mardiana Alwi dan Penyanyi / Komposer yang sedang mencipta nama di persada seni tanahair DIOR sebagai teraju utamanya. Disamping pelakon Tv/aktivis teater Ibrahim Akir, Pelakon/Pengarah Rosli Rahman Adam, Pensyarah /Pelakon DOTi, pelakon Diani Kasian, Salman Al-Farisi, Nurul Izyana,  dan ramai lagi disamping penampilan Extra Turn yang sangat teristimewa. Ratu Gambus Negara FAUZIAH GAMBUS

Saksikanlah pada 13- 15 Julai 2012 @ Panggung Bandaraya DBKL Kuala Lumpur @ 8.30 malam
Tiket berharga RM 5.00

Sila Hubungi 0132061720 Shak untuk tiket atau boleh didapati dipintu masuk panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Sejarah Bangsawan

Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia.

Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870-an, Pulau Pinang telah meneriam pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan mengunakan Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India.
Wayang Parsi ini kemudian diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekan tempatan bernama Mohamed Pusi pada tahun 1884 dan diberikan nama wayang Bangsawan. Nama kumpulan bangsawan pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang  yang bergiat pada tahun 1885 dan menggunakan Bahasa Melayu. Kumpulan ini bergerak ke seluruh tanah air hingga ke Sumatera. Di Kuala Lumpur, tapak Sungei Wang Plaza dahulunya merupakan tempat bangsawan dipentaskan dan dikenali sebagai Happy World. Kumpulan-kumpulan yang telah bergiat cergas sejak kumpulan pertama terlalu banyak jumlahnya. Kumpulan yang lebih lama bergiat adalah seperti Nahar Bangsawan Malaysia Opera, Kinta Opera, Indera Bangsawan of Penang, City Opera, Penisular Opera, Seri Permata Opera, Jaya Opera, Zanzibar Bangsawan, Dean Union Opera, Gray Opera, Indera Permata of Selangor,Constantinople Opera, Rahman Opera, Kencana Wati Opera, Bangsawan Jenaka Melayu dan Bolera Opera.

Kini dalam usaha mempopularkan kembali persembahan bangsawan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan program Semarak Bangsawan. Setiap hujung minggu kedua bermula pada bulan Mac sehingga Disember di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Semoga bangsawan terus berkembang dan diminati masyarakat Malaysia.

Sinopsis

Cinta Tun Kudu berputik kepada  raja pemerintah negara
setelah mengetahui Sultan ingin mencari calon permaisuri
dan
cintanya hanya
sebagai memenuhi hajat dihati bagi mencari kebenaran di atas kematian bapanya.
Namun percintaannya di istana
hanya dikasihani oleh Sultan bukan cinta di hati.
Tun Kudu makan hati berulam jantung distana.
Lebih – lebih lagi hajatnya untuk mencari pembunuh ayahnya belum ditemui.
Adiknya Tun Perak pula sering bertelagah dengan
Datuk Seri Nara Diraja Tun Ali menambahkan derita.

Cinta Tun Kudu terhadap saudaranya Tun Perak
telah mengusulkan
kepada Sultan supaya memerintahkan bapa saudaranya Tun Ali dipesarakan
dan
dikahwin dengan perempuan yang mempunyai pertalian dengan keluarga Tun Kudu.
Ini bagi merapatkan tali persaudaraan
dan
dapat melupakan sengketa antara keluarga Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Ali yang turut mempunyai hati terhadap Tun Kudu.
Kini dia mendapat durian runtuh.
Dia akan meminta Tun Kudu sekiranya Sultan memintanya memilih gadis di antara keluarga Tun Perak.
Ini adalah bagi membalas budinya membantu Sultan mendapatkan tahkta Melaka.

Demi cinta, Tun Kudu terpaksa pasrah menerima Tun Ali untuk menyelamatkan negeri Melaka dari huru hara.

Watak & Pelakon

Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri 2012

SULTAN  Dior

TUN KUDU Mardiana Alwi

DATUK SERI NARA TUN ALI  Rosli Rahman Adam

DATUK PADUKA RAJA TUN PERAK  Azroz Mohd

DATUK SERI AMERTA Ibrahim Akir

MAK INANG  Durratul Ain Dorothy Jonathan Linggong

KEMBANG CINA Nurul Izyana Alming 

DATUK TEMENGGUNG  Mohd Diani Kasian
DATUK BENTARA/ TAUKE PANGGUNG Salman Al-Farisi

PENDEKAR MELAKA Iqbal Farrouqie / Nazli Mohd Shafiei

PENDEKAR KELANG Mohamad Rezzuan Rawi / M Ridhuan

PENGAWAL 1 Khairul Nizam Ghazali / Mohd Nohman b. Mohd Isa

DAYANG Fatimah Andren Abdullah / Qislina Qaseh

PENARI - PENARI  Afiqa Mohamed  /  Nur Asyraf Nabilah / Fatin Nabylah / Hazirah Hanafiah
                         Syuqry Kamal / Zafrol Azlan

10 ORANG MELAKA  Kump. Rantak 13

Tenaga Produksi


Tenaga Produksi
Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri 2012
                     
     Pengurus Produksi  Kenchana Wati Md Yusof
Pengarah / Skrip / Pengarah Sinografi Sakrani Shamsuddin
                                                               Pengarah Muzik Abdillah Firlany Abdul Malik
             Setiausaha Produksi Samsiah Md Lazim
Penolong Pengarah Nurul Izyana Alming
Penolong Pengarah 2 Mas Intan Amalina
Koreografer Afiqa Mohamed
Pengurus Pentas Mohd Nohman b Mohd Isa
Penata Cahaya Noramin
Penata Audio Jojo
Pengurus Kostum Husni Zaim b Zakaria
Juru Kostum Mohd Nur SyazwanMohd Ridzuan jamil
Penata Tatarias  Nurul Izyana Alming
 Set / Prop / Pelukis Latar  Ilyas bin Amir
Pereka Set  Muhamad Roazlan b Roso
Grafik Ahmad Naufal Abd Rahman
Krew Pementasan & Teknikal Mohd Ismail b Shamsuddin
                                                      Mohd Razzaaq b Othman
                                 Borhan Sidek

Sekalung Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada;

JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN)
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia

JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN, PELANCONGAN DAN
SUKAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

SEMUA KAKITANGAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
NEGARA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SEMUA KAKITANGAN PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR
TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR

PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA (MaTIC)

MAJLIS TEATER KUALA LUMPUR

CHANA SAK SDN BHD

PARA MEDIA MASA & MEDIA ELEKTRONIK
PARA PENONTON BUDIMAN
DAN
KEPADA SEMUA PIHAK  & INDIVIDU YANG TERLIBAT
 MENJAYAKAN

BANGSAWAN CINTA PUTERI MEKAR MEWANGI
LAYU TAK BERSERI.

Poster Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri 2012