Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi pd Ahad 30 Dis 2012
@ TV 1 @ Jam 2.00 ptg Arahan Sakrani Shamsuddin
sebuah pertubuhan NGO yang akan terus memperjuangkan dan memertabatkan seni budaya tanah air di persada antarabangsa
Sunday, December 30, 2012
On TV 1 RTM
Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi pd Ahad 30 Dis 2012
@ TV 1 @ Jam 2.00 ptg Arahan Sakrani Shamsuddin
On TV 1 RTM
Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi pd Ahad 30 Dis 2012
@ TV 1 @ Jam 2.00 ptg Arahan Sakrani Shamsuddin
On TV1 RTM
Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi pd Ahad 30 Dis 2012
@ TV 1 @ Jam 2.00 ptg Arahan Sakrani Shamsuddin
On TV 1 RTM
Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi pd Ahad 30 Dis 2012 @ TV 1 @ Jam 2.00 ptg Arahan Sakrani Shamsuddin.
Wednesday, July 18, 2012
Siri Semarak Bangsawan 2012
Salam bersempena dengan Semarakan Bangsawan 2012. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Kebudayan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL dengan kerjasama Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur dengan sokongan oleh MaTIC dan Majlis Teater Kuala Lumpur akan mementaskan Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri karya dan arahan Sdr Sakrani Shamsuddin.
Bangsawan ini menampilkan Penyanyi dan Pelakon Teater / TV Mardiana Alwi dan Penyanyi / Komposer yang sedang mencipta nama di persada seni tanahair DIOR sebagai teraju utamanya. Disamping pelakon Tv/aktivis teater Ibrahim Akir, Pelakon/Pengarah Rosli Rahman Adam, Pensyarah /Pelakon DOTi, pelakon Diani Kasian, Salman Al-Farisi, Nurul Izyana, dan ramai lagi disamping penampilan Extra Turn yang sangat teristimewa. Ratu Gambus Negara FAUZIAH GAMBUS
Saksikanlah pada 13- 15 Julai 2012 @ Panggung Bandaraya DBKL Kuala Lumpur @ 8.30 malam
Tiket berharga RM 5.00
Sila Hubungi 0132061720 Shak untuk tiket atau boleh didapati dipintu masuk panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Sejarah Bangsawan
Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia.
Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870-an, Pulau Pinang telah meneriam pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan mengunakan Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India.
Wayang Parsi ini kemudian diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekan tempatan bernama Mohamed Pusi pada tahun 1884 dan diberikan nama wayang Bangsawan. Nama kumpulan bangsawan pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang yang bergiat pada tahun 1885 dan menggunakan Bahasa Melayu. Kumpulan ini bergerak ke seluruh tanah air hingga ke Sumatera. Di Kuala Lumpur, tapak Sungei Wang Plaza dahulunya merupakan tempat bangsawan dipentaskan dan dikenali sebagai Happy World. Kumpulan-kumpulan yang telah bergiat cergas sejak kumpulan pertama terlalu banyak jumlahnya. Kumpulan yang lebih lama bergiat adalah seperti Nahar Bangsawan Malaysia Opera, Kinta Opera, Indera Bangsawan of Penang, City Opera, Penisular Opera, Seri Permata Opera, Jaya Opera, Zanzibar Bangsawan, Dean Union Opera, Gray Opera, Indera Permata of Selangor,Constantinople Opera, Rahman Opera, Kencana Wati Opera, Bangsawan Jenaka Melayu dan Bolera Opera.
Kini dalam usaha mempopularkan kembali persembahan bangsawan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan program Semarak Bangsawan. Setiap hujung minggu kedua bermula pada bulan Mac sehingga Disember di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Semoga bangsawan terus berkembang dan diminati masyarakat Malaysia.
Sinopsis
Cinta Tun Kudu berputik kepada raja pemerintah negara
setelah mengetahui Sultan ingin mencari calon permaisuri
dan
cintanya hanya
sebagai memenuhi hajat dihati bagi mencari kebenaran di atas kematian bapanya.
Namun percintaannya di istana
hanya dikasihani oleh Sultan bukan cinta di hati.
Tun Kudu makan hati berulam jantung distana.
Lebih – lebih lagi hajatnya untuk mencari pembunuh ayahnya belum ditemui.
Adiknya Tun Perak pula sering bertelagah dengan
Datuk Seri Nara Diraja Tun Ali menambahkan derita.
Cinta Tun Kudu terhadap saudaranya Tun Perak
telah mengusulkan
kepada Sultan supaya memerintahkan bapa saudaranya Tun Ali dipesarakan
dan
dikahwin dengan perempuan yang mempunyai pertalian dengan keluarga Tun Kudu.
Ini bagi merapatkan tali persaudaraan
dan
dapat melupakan sengketa antara keluarga Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Ali yang turut mempunyai hati terhadap Tun Kudu.
Kini dia mendapat durian runtuh.
Dia akan meminta Tun Kudu sekiranya Sultan memintanya memilih gadis di antara keluarga Tun Perak.
Ini adalah bagi membalas budinya membantu Sultan mendapatkan tahkta Melaka.
Demi cinta, Tun Kudu terpaksa pasrah menerima Tun Ali untuk menyelamatkan negeri Melaka dari huru hara.
Watak & Pelakon
SULTAN Dior
TUN KUDU Mardiana Alwi
DATUK SERI NARA TUN ALI Rosli Rahman Adam
DATUK PADUKA RAJA TUN PERAK Azroz Mohd
DATUK SERI AMERTA Ibrahim Akir
MAK INANG Durratul Ain Dorothy Jonathan Linggong
KEMBANG CINA Nurul Izyana Alming
DATUK TEMENGGUNG Mohd Diani Kasian
DATUK BENTARA/ TAUKE PANGGUNG Salman Al-Farisi
PENDEKAR MELAKA Iqbal Farrouqie / Nazli Mohd Shafiei
PENDEKAR MELAKA Iqbal Farrouqie / Nazli Mohd Shafiei
PENDEKAR KELANG Mohamad Rezzuan Rawi / M Ridhuan
PENGAWAL 1 Khairul Nizam Ghazali / Mohd Nohman b. Mohd Isa
DAYANG Fatimah Andren Abdullah / Qislina Qaseh
PENARI - PENARI Afiqa Mohamed / Nur Asyraf Nabilah / Fatin Nabylah / Hazirah Hanafiah
Syuqry Kamal / Zafrol Azlan
10 ORANG MELAKA Kump. Rantak 13
Tenaga Produksi
Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri 2012
Pengurus Produksi Kenchana Wati Md Yusof
Pengarah / Skrip / Pengarah Sinografi Sakrani Shamsuddin
Pengarah Muzik Abdillah Firlany Abdul Malik
Setiausaha Produksi Samsiah Md Lazim
Penolong Pengarah Nurul Izyana Alming
Penolong Pengarah 2 Mas Intan Amalina
Koreografer Afiqa Mohamed
Pengurus Pentas Mohd Nohman b Mohd Isa
Penata Cahaya Noramin
Penata Audio Jojo
Pengurus Kostum Husni Zaim b Zakaria
Juru Kostum Mohd Nur Syazwan / Mohd Ridzuan jamil
Penata Tatarias Nurul Izyana Alming
Set / Prop / Pelukis Latar Ilyas bin Amir
Pereka Set Muhamad Roazlan b Roso
Grafik Ahmad Naufal Abd Rahman
Krew Pementasan & Teknikal Mohd Ismail b Shamsuddin
Mohd Razzaaq b Othman
Mohd Razzaaq b Othman
Borhan Sidek
Sekalung Penghargaan
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada;
kepada;
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN)
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN, PELANCONGAN DAN
SUKAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
SUKAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
SEMUA KAKITANGAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
NEGARA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
NEGARA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SEMUA KAKITANGAN PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR
TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR
PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA (MaTIC)
MAJLIS TEATER KUALA LUMPUR
CHANA SAK SDN BHD
PARA MEDIA MASA & MEDIA ELEKTRONIK
PARA PENONTON BUDIMAN
DAN
KEPADA SEMUA PIHAK & INDIVIDU YANG TERLIBAT
MENJAYAKAN
MENJAYAKAN
BANGSAWAN CINTA PUTERI MEKAR MEWANGI
LAYU TAK BERSERI.
Subscribe to:
Posts (Atom)