Wednesday, January 27, 2010

Mesyuarat Agung PPSBKL

Terima kasih kepada semua AJK dan ahli-ahli kerana telah merealisasikan mesyuarat agung dengan jayanya. Tahniah kepada AJK 2010/11 yang terpilih. Adalah menjadi harapan AJK yang dipilih memimpin dan mengurus persatuan dengan lebih bertanggungjawap dan berwawasan. Ini bagi memastikan Persatuan yang bernadi ini akan terus bernafas di dunia nyata. Malah AJK yang mengandingkan tenaga senior dan junior ini akan menjadi ikatan yang lebih kukuh dan hebat.

Tahniah !

Sunday, January 3, 2010

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan 2010/11

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan 2010/2012 Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur akan di adakan di Dewan Komuniti Kenanga, Jalan Kenanga Kuala Lumpur pada 23 Januari 2010 Jam 3 petang. Semua ahli di jemput hadir.

RALAT: Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan V Tahun 2010/11 akan diadakan di Studio, A-5-13 Block A, Jalan 2/142A, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 53000 Kuala Lumpur.

Tetamu Jemputan : Sdr Ibrahim Akir Pengerusi Majlis Teater Kuala Lumpur merangkap Naib Presiden TEMA.

Pemantau Mesyuarat : Sdr Mohd Diani Kasian Exco Biro Keilmuaan MtKL 2009/10

Friday, January 1, 2010

Panggung Nostalgia 2010

Persatuan akan mengadakan pementasan Teater Raja Pengemis skrip olahan dan arahan Sdr Omar Abdullah dengan barisan pelakon seperti Ibrahim Akir, Sidik Husien, Sabariah Itam, Omar Abdullah dalam bulan 3 2010 di MaTIC Kuala Lumpur.

Panggung Bangsawan 2010

Persatuan dan Majlis Teater Kuala Lumpur akan mempersembahkan Bangsawan Puteri Cahaya Bulan skrip Dr Rahmah Hj Bujang dan diarahkan oleh Sdr Sakrani Shamsuddin sempena Program Panggung Bangsawan 2010

Keahlian

Persatuan akan membuat pengambilan keahlian baru bagi tahun 2010
sila hubungi Samsiah Md Lazim

AJK 2010

Selamat Tahun Baru 2010
Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 2005 atas cetusan idea Sdri Normah Nordin AMN aktivis teater yang inginkan generasi muda yang berilmu agar berterusan berkarya dan berteater tanpa peruntukan modal untuk membuat sesebuah persembahan.